Monday 4 July 2011

RED VALVET CAKE

 

CIMG0187

Ramai org ckp diz cake biasanya utk someone yg special……biasanya klu di barat tu, kek ni dibuat on valentine’s day….huhuhu…..tp…….EJA buat diz cake juga utk someone yg special but for his besday….diz cake cake is for my hubby….1st time buat kek sendiri utk besday….

Kek ni rasanye x manis sgt, tp like masam2 manis…..klu nk tahu let’s try diz……..

 

MENU              :    RED VALVET CAKE

RECIPE BY    :    AYU SINGAPORE

SOURCE         :    EJA

CIMG0188

 

Bahan-bahan : Kek

  • 1 2/3 cwn tepung naik send ( EJA guna tepung kek)
  • 2 sb serbuk koko
  • 1/2 sk baking soda
  • 125 g butter
  • 3/4 cwn gula halus
  • 2 biji telur
  • 1/4 cwn buttermilk ( EJA guna – 1/2 cwn susu segar + 1/2 sb cuka ) **** biarkan hingga 15 – 20 minit
  • 1 sk cuka
  • 1/2 botol pewarna merah

Cara-cara

  1. Cara penyediaan buttermilk – satukan 1/2 cwn susu segar + 1 sb cuka……biarkan sebentar dlm 15 – 20 minit sehingga susu jadi agak2 pekat )
  2. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sapu loyang dengan butter.
  3. Dalam mangkuk, satukan mentega dan gula. Pukul hingga berkrim dan lembut.
  4. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  5. Dalam cwn buttermilk, satukan pewarna merah dan kacau.
  6. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan bhn2 kering yg sudah diayak berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali ( tepung, buttermilk, tepung ).
  7. Dalam mangkuk kecil, satukan baking soda dan cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dlm adunan kek dan kaup balikkkan sebati.
  8. Tuang ke dlm loyang dan bakar selama 30 – 40 minit @ hingga masak. Cucuk lidi dahulu utk memastikan kek masak. Jika bersih, tandanya sudah masak. ***** guna 2 loyang. Sejukkan kek kemudian barulah dipotong 2 utk 4 lapisan.
  9. Sementara menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting.

Bahan-bahan : Cream Cheese Frosting

  • 250 g cream cheese
  • 125 g butter
  • 1/4 cwn gula icing
  • 1 sk esen vanilla
  • jus dr hirisan lemon ( EJA guna perahan limau nipis )

Cara-cara

  1. Pukul cheese dan butter hingga berkrim. Masukkan gula icing, esen vanila dan jus lemon.

Bahan-bahan : Chocolate Ganache

  • 200 ml whip cream
  • 250 g coklat gelap dicincang halus
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Menggunakan kaedah double boiler, cairkan whip cream hingga panas. Masukkan coklat dan garam, dan kacau rata.
  2. Biarkan kek betul2 sejuk, barulah disapu dengan cream cheese frosting dan tuangkan coklat ganache di atas.

CIMG0189

CIMG0192

CIMG0193

STRAWBERRY TIRAMISU

 

Actually, EJA x pernah mkn pun diz dessert…..buat apatah lg…huhuhu….jakun gak aku….biarpun ramai yg berckp pasal tiramisu ni, mulanya EJA still lg ketinggalan pasal dessert yg glamour ni…..

EJA beria sgt buat ni coz mcm nampak mcm cantik jer…Actually, EJA x suka sgt mkn dessert @ kek ni….tp rajin utk membuat nyer….perasaan ni membuak2 utk menyediakan tiramisu ni….ada gak org mcm EJA ni….hehehehe

So, jom kita jengah mcm mana nk buat dessert yg special ni ;-

CIMG0152edited

 

Menu         :     Strawberry Tiramisu

Recipe by  :     K.Nor@SecubitGaram

Source       :     eja @ so nice

CIMG0148edited

 

 

 

 

 

 

Bahan-bahan A : Syrup

  • 150 g strawberry filing
  • 80 ml air suam
  • 2 sb gula icing
  • sedikit parutan kulit lemon

Bahan-bahan B

  • 250 g cream cheese
  • 250 g whipping cream
  • 50 g gula icing
  • 1 paket biskut tiramisuCIMG0147

 

Cara-cara

  1. Mula2 sediakan syrup. Campur ke semua bahan dan kacau sebati. ( utk syrup shj )
  2. Pukul cream cheese menggunakan mixer hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
  3. Campurkan whipping cream. Pukul lagi hingga pekat dan sebati.
  4. Kacau dengan spatula hingga rata.
  5. Cara utk melapis : mula2 letak syrup di lapisan paling bawah,  kemudian susun biskut dan letak cream ke atsnya. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka berapa layer yg dikehendaki. Pada lapisan paling ats, blhlh dihias dengan serbuk milo.

***  dlm adunan syrup, tambah 1 sk gelatin (gelatin halal) dan panaskan sebentar di ats bhn api (slps dh bancuh semua bhn2). Kaedah ini adalah utk memastikan gelatin larut sepenuhnya.

***  celupkan biskut dlm bancuhan air nescafe sbl disusun di dlm acuan. (celup sebentar shj coz biskut cpt lembik)

CIMG0153

PUDING BUIH BERKUAH

 

CIMG0157edited

Puding ni nampak mcm unik, tp sebenarnyer senang jer nk dibuat….bahan-bahannyer pun simple…kedai runcit dpn umah pun ada jual agaknyer…hehehe….

Ini kali kedua, Eja berkesempatan buat puding ni….ramai yg suka klu kt umah ni…my mum pun suka sgt, tp klu si Aifa tu, dia mkn tanpa kuah jer….lg pun senang sikit nk serve kt dia…..hehehe…"apalah ibu Aifa ni kan”….

Oklah, panjang sgt mukadimmah nyer….so kita berkenalan dengan resepi nyer lak yer….

 

Menu     :     Puding buih                                CIMG0155edited      

Sumber  :     eja

 

Bahan-bahan : Puding

  • 2 paket agar strip ( bertali, lbh kurang 35 gm )
  • 1.75 liter air (eja sukat mengikut plastik agar2 yg diguna – sukat 1 1/2 plastik air )
  • 1/2 cawan gula ( mengikut kemanisan masing-masing )
  • 1 helai daun pandan ( disimpul )
  • 5 biji telur ( simpankan sebiji kuning telur utk dibuar kuah )
  • pewarna & paste ( eja guna pewarna merah n straberry paste )

 

Cara-cara

  1. Masak agar-agar bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dh mendidih, masukkan pewarna dan paste. Kacau sebati.
  2. Bila agar-agar dh suam2 panas, pukul 5 biji putih telur hingga betul2 kembang dan menjadi meringue menggunakan kelajuan mixer yg maksimum (kembang sehingga tidak jatuh sekiranya bekas diterbalikkan).
  3. Pukul 4 biji kuning telur dalam bekas yang lain. Tuangkan aduanan agar-agar ke dalam adunan telur.
  4. Masukkan sekali meringue putih telur ke dalam adunan tersebut. Pukul lg adunan tersebut dengan mixer sehingga betul-betul sebati.
  5. Masukkan adunan ke dlm acuan. Biarkan puding betul2 sejuk sbl dimasukkan ke dalam peti sejuk.

 

Bahan-bahan: Kuah

  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air ( sukat menggunakan tin susu cair yg tlh digunakan td)
  • 7 sb gula
  • 2 sb tepung kastard
  • 1 biji kuning telur ( yg tlh diambil drp 5 biji telur td )
  • 2 helai daun pandan ( disimpul )
  • 1/2 sk garam

 

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan dlm periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah hendaklah sentiasa dikacau. Bila dh mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dh sejuk, masukkan ke dlm peti ais.

 

CIMG0160edited

CIMG0162edited

Monday 20 June 2011

MOIST CHOCOLATE CAKE

 

CIMG0129edited

Last week, masa EJA buat caramel kek, aifa x suka sgt…dia mkn kek je yg bhgan bwh jer, yg puding caramel tu dia tinggalkan….huhuhu…yg chocolate jugak jd pilihannya….

Sempena hari bapa, EJA pun buatlh chocolate cake untuk papa n aifa sekali….this one mmglh menjadi kegilaannya….kejap2 masuk dapur cari kek…..risau gak byk sgt mkn manis tu…huhu

So, kt sini EJA nk share resepi kek chocolate yg dh dibuat….byk sgt sebenarnya resepi choc cake dlm blog yg eja explore…but resepi from http://annaqawina.blogspot.com menjadi pilihan….ada jugaklh yg diedit mengikut citarasa EJA send…."sorry yer sis, but anyway thanks for the recepi”

Menu    : Moist Chocolate Cake 

Sumber : annaqawina  

Resepi   : EJA           

 

Bahan-bahan: cake

  • 2 cwn gula kastor
  • 2 cwn tepung gandum (diayak)
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn minyak masak / minyak jagung
  • 1 cwn susu cair
  • 3 biji telur
  • 2 sk soda bikarbonat
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 cwn air panas                                    

Topping Ganache             CIMG0121edited                               

  • 150gm coklat masakan
  • 1 sb susu pekat
  • 1/4 cawan air panas / susu cair
  • 1 sb butter                                              

Cara:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Campur ke semua bahan tersebut kecuali air panas. Putar dengan mixer hingga sebati.
  3. Bila semua dah sebati, masukkan air panas. Putar sekejap jer . (jangan terlampau lama)
  4. Masukkan bahan2 yg tlh sebati tersebut ke dalam acuanmloyang yg tlg digris minyak.
  5. Kukus kira2 45-60 minit atau benar2 masak.
  6. Keluarkan dr acuan dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dicurahkan dgn ganache.
  7. Sediakan ganache
  8. Masukkan coklat masakan yg tlg dipotong kecil, susu pekat dan air panas / susu cair ke dalam periuk. Masak secara double boil hingga cair dan berkilat.
  9. Padamkan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega tersebut cair. Biarkan seketika agar ganache tidak terlalu cair ketika hendak dicurahkan ke atas kek.
  10. Curah ke atas kek yg dh sejuk dan hias ikut citarasa sendiri

~~~ SELmT MENcuBa~~~~

                                                            CIMG0129edited

CIMG0135edited

Sunday 19 June 2011

Weekend

 

Eja bersama family berkesempatan bermalam di Pusat Santuari Penyu Ma’daerah, Kerteh pada hari khamis mlm jumaat yg lalu…Actually, kami x rancang pun nk join aktiviti ni, tp last minute ada org ajak, so bagai org mengantuk di sorongkan bantal….terus grab…huhuhu

Aktiviti bermula dengan sesi ceramah untuk proses memelihara dan memulihara penyu….boring gak,tp dapatlh sedikit ilmu….Sesi ni sesuai gak untuk Aifa coz dia dpt memberi pendidikan awal tentang haiwan yg hampir pupus tu…sedang asyik mendengar ceramah, kami mendapat informasi yg ada seekor penyu naik ke pantai untuk bertelur…kami bersama kumpulan yg menyertai program ini turun ke pantai dengan diketuai oleh pengelola program yg semmgnya arif tentang penyu…kami dilarang memakai baju putih (klu x penyu nampak,nanti dia merajuk lak nk bertelur)….semasa kami sampai, penyu tu dh selesai bertelur…penyu tu sedang menutup lubang yg tlh digalinya (kononnya untuk menutup telurnya,tp syg semua telur2 tu tlh diambil,huhuhu,ciannye kt dia kan)..x sempat gak eja nk tgk penyu bertelur…tp sempatlh tgk penyu…then, kami kembali ke dwn utk sesi seterusnya….kami dibenarkan utk memegang ank penyu yg baru menetas…seronok…tp eja x pegang pun…hahaha…geli den…

Lupa lak, semasa kami dlm perjalanan pulang ke dwn, kami terserempak dgn sekor lg penyu yg nk naik ke pantai, masa tu penyu baru je nk naik, ada di gigi air lg….tp kami x tunggu penyu tu, kami lalu jln lain utk pulang ke dwn….malangnye, mengikut kata pengelola program tu, penyu tersebut x jd bertelur, katanya mungkin dia dh merajuk coz nampak sekumpulan manusia masa dia baru jer nk naik ker pantai…sensitif sungguh penyu ni kan…..yerlh, penyu betina…

Slps sesi ceramah, kami dibenarkan utk blk ke bilik…jam 3.30am, pengelola program mengejutkan kami dr tido, katanya ada sekor lg penyu naik ke pantai…malangnye, dr ramai2 yg ikuti program tu, hanya 5 org jer yg turun…lg pun dia x memaksa, terpulang pd masing2 utk turun @ tdk….hubby pn x turun…huhuhu…tunggu punya tunggu, penyu tu x juga bertelur, 2 3 tpt dia gali lubang, tp x jugak bertelur…huhuhuhu

So, alkisahnye x kesampaian gak nk tgk penyu bertelur….hanya blh tgk penyu n ank penyu jer lh…tp bkn yg sdg bertelurlh….huhuhu…penat n ngantuk sgt…tp x per, yg penting mmg enjoy n seronok….

CIMG0032     CIMG0034

CIMG0042     CIMG0063

CIMG0088     CIMG0094

                                   CIMG0113 

                                   CIMG0118

Thursday 16 June 2011

KEK PUDING CARAMEL

 

Dh lama x “mengupdate” blog ni….Bz ker???? ikutkan jawapan kepada persoalan tu mmglah jawapannyer bz….tp x ada maknanyer…ianya lbh kpd penyakit “M” yg lbh….org nk berblog, kita pun nk blog, tp hangat2 tahi ayam….

Sejak akhir2 ni,eja dh mula diserang penyakit duk kt dapur….rasa rajin utk berbakery tu membuak2…..so mulalh duk mengexplore resepi dr kutub utara hingga ke selatan…huhuhu

This is 1st entry ku dlm dunia masakan ni, “puding karamel”….bkn x pernah mencuba b4 this,pernah…..tp x pernah terniat pun utk diselitkan dlm blog ku yg hangat2 ni…

Resipi kek ni pun hasil “explorean” (explore) dr http://dzanariah.blogspot.com/search/label/cake

CIMG0027

CIMG0028

Jadi ke x jd kek ni….huhuhu…but my hubby ckp sedap…tp….ada tp lg….aifa lak x suka…..actually dia suka yg berasaskan choclate jer…huhuhu…anyway tu akak yg berkonsi resepi…

Thursday 7 April 2011

Ikan busuk.....

Dh lama x mengupdate blog ni....busy cket.....

Ikan busuk??? naper erk???? Anak eja, si comel aifa......"ibu wat apa tu??? nk tgk leh bu???"
Eja benarkan dia tgk, aifa duk kt ats kerusi kt sblh....then dia ckp "ibu, ikan bau busuklah, dia x mandi erk??? ibu mandikan ikan tu, busuk sgt, pakaikan sabun, gosok gigi, pastu pakaikan baju"...
Eja ckp kt dia yg ikan x leh mandi cos dia x ada towel...sajer jer jwb mcm tu sebenarnya, coz nk dgr lg apa lg yg nk dia ngomelkan about that fish...
"pakai jer lah towel kt dapur tu bu....lps dia mandi, pakai baju, kita leh mkn dia, barulah x busuk"

hahahaha.....aku tersenyum jer, sebnrnys perut mengeras nk ketawa.....aifa ni mmg jenis yg cerewet sikit dr segi kebersihan...tulah yg dia blh berimaginasi mcm tu.....

Hai, si comel....makin besar, makin banyak kerenahnya....

Tuesday 29 March 2011

Celebration for my daughter......

3 minggu lepas eja n my dear hubby celebrate besday our daughter....Ini merupakan kali ke 3 kami celebrate besday ank...buat simple2 jer, tapi kali ni kami buat ala outdoor lak....saje jer nk bg aifa fun with their friends....sambil2 tu leh gak invite kawan2 ibu n papa untuk makan2...bukan selalu buat aktiviti mcm ni...dengan cara nilah dpt buat gathering with old friends yg jarang2 jumpa...yerlah, masing2 bz kan...


alhamdulillah, semua berjalan lancar...b4 majlis, eja agak kaget gak, coz pd sblh pg hujan bkn main lebat lg....nasib baik mlm tu x hujan...cuma Aifa lah berperangai sikit, dia takut dgn si maskot kfc tu 'CHICKY' huhuhu...


seronok sgt dpt jumpa kawan2...ibu n papa aifa lak mcm yg seronok sakan...anyway, thanks to cameraman...kami puas hati dgn hasilnya....thanks a lot to all frieds yg menjayakan majlis aifa ni......




Friday 25 March 2011

Introducing

Eja baru jer nk 'mengintroducekan' blog ni....hehehe..Kata org ini muqadimah..Sedar tak sedar kita hampir memasuki suku kedua tahun 2011..Sekejap jer masa berlalu..Cuba kita renung sejenak, 10 tahun lepas..Rasanya pada masa itu (tahun 2001), sesetengah dari kita pasti merasakan atau memikirkan,bagaimana agaknya aku 10 tahun akan datang..Rasa macam sukar untuk menjangkakan apa yang berlaku,tapi???? tapi bila kita dah lalui rasanya sekejapnya masa itu berputar...Betul x??? So, skang ni, apa kata sebelum melelapkan mata pg ni, kita fikir lak 10 tahun yang akan datang (2021)...APA AKAN BERLAKU???? Takutlak rasa bila tengok angka tu kan....sama2lh kita renungkan, yang kurang kita tambahkan, yang dah elok, kita elokkan lagi....

eja coming