Monday 4 July 2011

PUDING BUIH BERKUAH

 

CIMG0157edited

Puding ni nampak mcm unik, tp sebenarnyer senang jer nk dibuat….bahan-bahannyer pun simple…kedai runcit dpn umah pun ada jual agaknyer…hehehe….

Ini kali kedua, Eja berkesempatan buat puding ni….ramai yg suka klu kt umah ni…my mum pun suka sgt, tp klu si Aifa tu, dia mkn tanpa kuah jer….lg pun senang sikit nk serve kt dia…..hehehe…"apalah ibu Aifa ni kan”….

Oklah, panjang sgt mukadimmah nyer….so kita berkenalan dengan resepi nyer lak yer….

 

Menu     :     Puding buih                                CIMG0155edited      

Sumber  :     eja

 

Bahan-bahan : Puding

  • 2 paket agar strip ( bertali, lbh kurang 35 gm )
  • 1.75 liter air (eja sukat mengikut plastik agar2 yg diguna – sukat 1 1/2 plastik air )
  • 1/2 cawan gula ( mengikut kemanisan masing-masing )
  • 1 helai daun pandan ( disimpul )
  • 5 biji telur ( simpankan sebiji kuning telur utk dibuar kuah )
  • pewarna & paste ( eja guna pewarna merah n straberry paste )

 

Cara-cara

  1. Masak agar-agar bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dh mendidih, masukkan pewarna dan paste. Kacau sebati.
  2. Bila agar-agar dh suam2 panas, pukul 5 biji putih telur hingga betul2 kembang dan menjadi meringue menggunakan kelajuan mixer yg maksimum (kembang sehingga tidak jatuh sekiranya bekas diterbalikkan).
  3. Pukul 4 biji kuning telur dalam bekas yang lain. Tuangkan aduanan agar-agar ke dalam adunan telur.
  4. Masukkan sekali meringue putih telur ke dalam adunan tersebut. Pukul lg adunan tersebut dengan mixer sehingga betul-betul sebati.
  5. Masukkan adunan ke dlm acuan. Biarkan puding betul2 sejuk sbl dimasukkan ke dalam peti sejuk.

 

Bahan-bahan: Kuah

  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air ( sukat menggunakan tin susu cair yg tlh digunakan td)
  • 7 sb gula
  • 2 sb tepung kastard
  • 1 biji kuning telur ( yg tlh diambil drp 5 biji telur td )
  • 2 helai daun pandan ( disimpul )
  • 1/2 sk garam

 

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan dlm periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah hendaklah sentiasa dikacau. Bila dh mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dh sejuk, masukkan ke dlm peti ais.

 

CIMG0160edited

CIMG0162edited

No comments:

Post a Comment